Berubah dan Perubahan


.

Assalamualaikum



Berubah dan perubahan. Ok tajuk langsung tak catchy. 

Dulu bila aku tengok muslim yang tak pakai tudung, tak pakai pakaian proper, aku selalu terfikir kenapa mereka tak rasa langsung nak berubah. Bila ada jawapan yang cakap, bukan senang nak berubah, lagi la aku jadi heran. Susah ke nak berubah? Berubah je la, apa susah. Pakai je tudung, pakai je pakaian elok, apa susah. Sejujurnya itu aku. Aku yang dulu.

Sebab aku rasa aku dah cukup sempurna sebagai Muslim. Sempurna kerana aku berada di kalangan mereka yang pada perkiraan aku jauh dari ruang lingkup sempurna. Kawan-kawan aku tak pakai tudung, pakai sexy, tak solat. Dan aku pulak pakai tudung, pakai sopan dan solat. Aku patut berasa sempurna bukan?

Takdir Allah membawa aku ke USIM. Tau ape USIM? Universiti Sains Islam Malaysia. Takdir Allah juga untuk aku melihat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sempurna. Kalau kat tempat belajar yang dulu, aku rasa aku sempurna dan orang di sekeliling aku jauh dari ruang lingkup sempurna. Tapi di sini, beza. Orang di sekeliling adalah sempurna dan aku lah orang yang jauh dari ruang lingkup sempurna. 

Aku jadi kerdil di sini. Ya, aku masih bertudung, masih berpakaian sopan dan masih solat. Sama saja ketika aku merasakan diri aku begitu sempurna. Tapi mereka, orang-orang di sekeliling aku, bertudung dan dengan labuh, berpakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya, solat dan membaca Al-Quran sesudah solat. Dan siapalah aku di bandingkan dengan mereka.

Dulu aku fikir berubah itu perlu bagi menjadikan tidak sempurna itu kepada sempurna. Tapi sekarang, perubahan daripada sempurna kepada jauh lebih sempurna adalah di peringkat sangat perlu. Jadi aku mula memahami bagaimana rasanya percubaan untuk berubah. Aku mula menganggukkan kepala bila ada jawapan yang cakap, bukan senang nak berubah. Dan aku mengaku, memang susah nak berubah.

Moga hati ini kuat.
Moga iman ini kental.



"Blogger is my self, blogging is my life"

4 Responses to “Berubah dan Perubahan”

  1. Ca Ezah says:

    samalah kakak..dulu pon pernah terasa cmtu..tp bila lihat org yg lebih baik..hurmmm..kerdilnya lah sy... :(

  2. Teruskan berusaa ke arah sempurna :)

  3. kite pun dalam usaha ke arah perubahan tu. mula2 segan tapi kuatkan hati iman. mula dengan labuhkan tudung, pakai baju labuh2 sopan, stokin. walaupun belum cukup sempurna tapi hari2 nak jaga.ada orang pandang mengata biar kan je. Lama2 dah terbiasa. :)

  4. eh suha..lama x singgah blog ni..
    betul perubahan itu penting :)