Archive for July 2012

Cerpen 2 # Cinta Bunga Tahi Ayam


.





“Nah, untuk kamu”.

Lalu sekuntum bunga tahi ayam bertukar tangan. Dan seperti biasa penerimanya, perempuan itu, sedikit kaget namun bibir segera mengukir senyum. Ya, bunga tahi ayam, seperti hari-hari yang sudah berlalu.

“Kenapa bunga tahi ayam?”, dan soalan yang sama meniti di bibir.

“Kerana ia bunga paling special, sama seperti kamu”, juga jawapan yang sama.

Sudah 3 tahun berlalu dan inilah rutinnya. Lelaki ini akan memberikan perempuan itu sekuntum bunga tahi ayam saban hari, tanpa pernah jemu, pada setiap kali pertemuan mereka. Bunga yang sama, soalan yang sama dan tetap jawapan yang sama.

Perempuan itu perlahan-lahan membawa bunga itu ke hidung. Dihidu bau bunga itu. Namanya pun sudah menjelekkan, apatah lagi baunya namun bibirnya tetap menguntum senyum. Lantas dia membuang pandang ke arah lelaki disebelahnya.

“Saya suka bau bunga ini. Bau ini istimewa. Ada bau ini, maknanya awak pun ada”.

Lelaki ini tersenyum nipis.

“Esok aku pasti akan datang lagi bersama bunga istimewa ini.”

“Saya akan tunggu awak di sini. Saya janji”, lembut perempuan itu membalas.

Usai saja perempuan itu bersuara, alam mula dibungkus sepi. Tiada bicara diurai, tiada kata diuntai. Hanya sesekali terdengar halus desir angin menampar wajah. Lelaki ini hanya mencerna apa yang ada di hadapan dan perempuan itu masih setia menghidu bunga tahi ayam itu tanpa jemu.

“Awak”, lelaki ini segera berpaling ke sebelah tatkala terdengar perempuan itu memanggilnya, menunggu agar kata diteruskan.

“Suati hari nanti, bila saya tiada, awak akan tetap di sini?”, perlahan sekali suara seakan melirih.

Lelaki ini kaget. Entah mengapa rasa sayu bergayut di ruang hati.

“Jangan tinggalkan aku”, balas lelaki ini. Di saat itu, mata mereka beradu. Ada rasa tak terluah, ada cinta tak terungkap. Getaran di hati saat mata bertentang seakan mengiyakan.

“Kalau kamu tinggalkan aku, pada siapa lagi harus ku berikan bunga tahi ayam ni? Kamu yang istimewa, seistimewa bunga ini. Kalau kamu pergi, aku mati”, sayu sekali tuturnya, remuk sekali hatinya.

Perempuan itu hanya menunduk. Sepi mengisi ruang.

“Jangan mati. Saya tak akan pergi. Saya akan sentiasa di sini. Saya akan menanti awak, seperti hari-hari yang sudah. Saya akan menunggu bunga tahi ayam awak. Saya tetap akan ada di sini”, seakan memujuk perempuan itu menutur kata.

“Kamu janji?”, pantas lelaki ini bersuara.

“Janji!”, dan sepantas itu juga perempuan itu membalas. Senyum sama diukir.

Aneh. Cinta bunga tahi ayam ini memang aneh. Cinta tanpa suara, cinta tanpa kata. Hanya sekuntum bunga tahi ayam setiap hari. Pertemuan yang sentiasa ditunggu dan bunga tahi ayam yang sentiasa dinanti. Bagai ada sesuatu yang mengikat. Dan sudah 3 tahun mereka terikat tanpa sedar.

Cinta bunga tahi ayam. Cinta yang hadir tanpa sedar. 



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : juga disiarkan di Secret 7 Writers

Kenapa pentingnya kacip fatimah kepada wanita?


.

Assalamualaikum


(1) Tajuk
(2) Gambar
(3) Contents

Perkara (1), (2) dan (3) adalah tiada kena-mengena antara satu sama lain. Saudara sedarah sedaging juga bukan. Satu sekolah adalah berkemungkinan walaupun hanya tipis. Ini propa semata. Sekian.


Kemain bersawang lagi laman sesawang ini. Sudah lama tidak dijenguk. Umpama rumah usang yang tuannya sudah berpindah ke banglo di bandar. Sepi. Sesekali hanya terdengar desir angin. Yang kadang-kadang malu mencuri lalu di celahan papan. Suram. 

Puii!

Nafsu dah beralih arah kepada game facebook. Fefeling awek Mark Zuberg Iceberg (haram jadah tak reti nak eja nama dia). Setia yang amat dengan facebook. Blog dijeling hujung mata je tapi nak bukak? No! No! No! Nanti merajuk abang Mark Zuckeberg (eh nape eja tak sama ngan yang atas?) I tau.

Baru lah saya mula paham apa yang dimaksudkan dengan blog bersawang, blog usang andwhatsoever. Dan saya mula dapat fefeling perasaan blogger ketandusan idea dan kehilangan nafsu untuk blogging. Ya its me dear! Yuuuhuuuuuu! Pheeewiiiit!

Jadah!

Well, tak dapat nak nyanyi Coming Home lagi neh incik puan sekalian hoi. Masih lagi berada di Nilai disaat orang lain dah tak tahu berapa kali berjaya berak dalam tandas kat kampung. Hmmmmphh! Tapi takpe, saya akan pastikan saya berjaya berak di USM nanti, biar jeles sebab dorang semua tak mampu.

Hado?

16 July - 19 July ada kat USM untuk Novel Research Innovation Competition. So kepada warga Penang, sila la hadir beramai-ramai ke sana untuk berjumpa blogger kesayangan ramai ini. Follower I dah 668 tau. Haruslah disayangi kan? Eh, katak 666 dah dijumpai ye? Hikhik I loike!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : berjaya up entry..tell the world that i'm coming home!