Archive for 2012

(>_____<)


.

Assalamualaikum


STRESS!!!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s: tajuk,gambar dan entry adalah sangat berkaitan. ambe setegheh!



Hidup in macam roda. Kalo guna rim sport, semat la sikit kan?


.

Assalamualaikum


"Aku nak kawen dengan anak raja" ( K. Rajagobal, hai!)


Cuti sekolah. Masa bergembira untuk budak-budak sekolah. Masa berehat untuk cikgu-cikgu. Masa bekerja untuk pemain-pemain kompang majlis. Masa berdebar untuk para pengantin.

Ok dah sampai pun ape yang perlu difokuskan. PENGANTIN.

Pengantin mengikut kamus dewan edisi ke 4 ialah seorang individu yang mengikat perhubungan melalui ikatan perkahwinan dengan seorang atau dua orang atau tiga orang individu (bagi lelaki) dan seorang individu (bagi perempuan) melalui akad yang disempurnakan oleh kadi. Tahniah sebab baca dan takziah kalau rasa ditipu sebab kejadahnya aku nak letak maksud dari kamus dewan bagai. Wakakakaka

Ok maafkan saya.

Jadi saya rasa sentap dengan kalimah itu. PENGANTIN. Sangat sentap. Sebab sorang demi sorang kawan saya dah jadi pengantin. Dan makin berkurang jumlah kawan yang lom jadi pengantin lagi. Dan yang belom jadi pengantin itu salah seorangnya adalah saya. Dan saya ialah sedih. 

Ok sekian sahaja luahan hari ini. Kbai!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Jodoh di tangan Allah. Sabarlah hati.

Cakkk Baaaa!!!


.

Assalamualaikum


Kemain letak gambo besor bebenor umpamanya makhluk planet marikh pon mampu tumpang teropong tengok. K fine! Ceq bukan Hanis Zalikha sampai orang nak teropong *sentap*

Perasan tak tajuk entry? Tajuknya sedikit wutdehall dimana ianya sangatlah menggambarkan kecelaruan minda yang nan hadoo. Itu juga sebagai alasan yang kukuh kenapa dah lama tak terupdate. Paham??

Ok tentu tak paham. Saya sebenarnya takde idea. Tetiba terasa dah sampai satu tahap di mana berpikiran seperti "Eh aku nak tulis ape ni?" "Waaaa hotak haku hejang." Maaf sebenarnya kejang, bukan hejang. Haku saje je wat salah wakakaka *ini tak lawak kan?*

Boleh tak nak ubah konsep? Dulu terasa tak nak poyos berdiari sangat tapi sekarang rasa fefeling Blogku Diariku. Macam ala-ala seronok dua ronok beronok-ronok pulak la kan buat macam tu. Cara cakap macam la termampu sangat nak update sehari 10 entry macam zaman hadap-blog-gila-punya-tahap-nak-muntah. 

Eh baru je tau yang Farid Kamil tu anak Datuk. Tu la, low profile sangat. Kalau tak dah lama aku masuk minang kau wahai Farid Kamil. Pssttt u ada adik sebaya i tak encik Farid Kamil? Sila rekemenkan. *dasar perempuan kan???

Apepon, hai kembali tok kawan-kawan blogger seangkatan yang kelihatan juga sudah suam-suam kuku kambing dalam berblog. Dan hai jugak untuk kawan-kawan blogger yang baru menjejak di sini. Awak follow kite tau, nanti kite follow awak balek *ppffffttt*



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : berjaya up satu entry perasaannya sama macam dapat berak pas 5 hari sembelit. Lega wa cakap lu!




Lecturer saya cakap "I love you" kat saya!


.

Assalamualaikum



Apa yang korang buat bila lecturer korang kemain berbesar hati tanpa segan silu lagi mengungkapkan "I love you" masa borak ngan korang dalam phone? Situasi ni jadi kat saya tadi tau. Benda betul ni, saya tak tipu. Punya la kencang debaran time dengar dia cakap macam tu tadi. Tau apa saya buat? Saya cakap "I love you too".

Tau nape lecturer saya berani gila cakap camtu? Tau nape saya berani gila reply camtu?

Sebab dia lecturer perempuan dan dia cakap camtu lepas dia melepaskan segala ketensenan dengan share stori ngan saya tadi. Biasa la, masalah pentadbiran. Dia kan ketua program kaunseling.

Eh? Ketua program kaunseling cakap "I love you" kat saya? (sambil kembang lobang hidong)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : (sambung kembang hidong)


Kapal karam jadi tukun, blogger karam?


.


Assalamualaikum



Anda terasa nak up entry tapi tiada idea?
Anda ada idea tapi tak dapat nak online waktu tu?
Anda dapat online tapi dah terlupa idea yang datang tadi?

Anda ada gejala-gejala ini?
Ya! Anda la blogger yang kami cari!
Anda blogger karam

Ok paham!
Saya lah blogger itu.
Sekian.



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Karam Singh Walia gak karam yang best!

Secara rasminya saya...


.

Assalamualaikum


...dah Tahun 3!!!




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : bila la plak nak buat entry "Secara rasminya saya dah dipinang"..ops!

Cerpen 2 # Cinta Bunga Tahi Ayam


.





“Nah, untuk kamu”.

Lalu sekuntum bunga tahi ayam bertukar tangan. Dan seperti biasa penerimanya, perempuan itu, sedikit kaget namun bibir segera mengukir senyum. Ya, bunga tahi ayam, seperti hari-hari yang sudah berlalu.

“Kenapa bunga tahi ayam?”, dan soalan yang sama meniti di bibir.

“Kerana ia bunga paling special, sama seperti kamu”, juga jawapan yang sama.

Sudah 3 tahun berlalu dan inilah rutinnya. Lelaki ini akan memberikan perempuan itu sekuntum bunga tahi ayam saban hari, tanpa pernah jemu, pada setiap kali pertemuan mereka. Bunga yang sama, soalan yang sama dan tetap jawapan yang sama.

Perempuan itu perlahan-lahan membawa bunga itu ke hidung. Dihidu bau bunga itu. Namanya pun sudah menjelekkan, apatah lagi baunya namun bibirnya tetap menguntum senyum. Lantas dia membuang pandang ke arah lelaki disebelahnya.

“Saya suka bau bunga ini. Bau ini istimewa. Ada bau ini, maknanya awak pun ada”.

Lelaki ini tersenyum nipis.

“Esok aku pasti akan datang lagi bersama bunga istimewa ini.”

“Saya akan tunggu awak di sini. Saya janji”, lembut perempuan itu membalas.

Usai saja perempuan itu bersuara, alam mula dibungkus sepi. Tiada bicara diurai, tiada kata diuntai. Hanya sesekali terdengar halus desir angin menampar wajah. Lelaki ini hanya mencerna apa yang ada di hadapan dan perempuan itu masih setia menghidu bunga tahi ayam itu tanpa jemu.

“Awak”, lelaki ini segera berpaling ke sebelah tatkala terdengar perempuan itu memanggilnya, menunggu agar kata diteruskan.

“Suati hari nanti, bila saya tiada, awak akan tetap di sini?”, perlahan sekali suara seakan melirih.

Lelaki ini kaget. Entah mengapa rasa sayu bergayut di ruang hati.

“Jangan tinggalkan aku”, balas lelaki ini. Di saat itu, mata mereka beradu. Ada rasa tak terluah, ada cinta tak terungkap. Getaran di hati saat mata bertentang seakan mengiyakan.

“Kalau kamu tinggalkan aku, pada siapa lagi harus ku berikan bunga tahi ayam ni? Kamu yang istimewa, seistimewa bunga ini. Kalau kamu pergi, aku mati”, sayu sekali tuturnya, remuk sekali hatinya.

Perempuan itu hanya menunduk. Sepi mengisi ruang.

“Jangan mati. Saya tak akan pergi. Saya akan sentiasa di sini. Saya akan menanti awak, seperti hari-hari yang sudah. Saya akan menunggu bunga tahi ayam awak. Saya tetap akan ada di sini”, seakan memujuk perempuan itu menutur kata.

“Kamu janji?”, pantas lelaki ini bersuara.

“Janji!”, dan sepantas itu juga perempuan itu membalas. Senyum sama diukir.

Aneh. Cinta bunga tahi ayam ini memang aneh. Cinta tanpa suara, cinta tanpa kata. Hanya sekuntum bunga tahi ayam setiap hari. Pertemuan yang sentiasa ditunggu dan bunga tahi ayam yang sentiasa dinanti. Bagai ada sesuatu yang mengikat. Dan sudah 3 tahun mereka terikat tanpa sedar.

Cinta bunga tahi ayam. Cinta yang hadir tanpa sedar. 



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : juga disiarkan di Secret 7 Writers

Kenapa pentingnya kacip fatimah kepada wanita?


.

Assalamualaikum


(1) Tajuk
(2) Gambar
(3) Contents

Perkara (1), (2) dan (3) adalah tiada kena-mengena antara satu sama lain. Saudara sedarah sedaging juga bukan. Satu sekolah adalah berkemungkinan walaupun hanya tipis. Ini propa semata. Sekian.


Kemain bersawang lagi laman sesawang ini. Sudah lama tidak dijenguk. Umpama rumah usang yang tuannya sudah berpindah ke banglo di bandar. Sepi. Sesekali hanya terdengar desir angin. Yang kadang-kadang malu mencuri lalu di celahan papan. Suram. 

Puii!

Nafsu dah beralih arah kepada game facebook. Fefeling awek Mark Zuberg Iceberg (haram jadah tak reti nak eja nama dia). Setia yang amat dengan facebook. Blog dijeling hujung mata je tapi nak bukak? No! No! No! Nanti merajuk abang Mark Zuckeberg (eh nape eja tak sama ngan yang atas?) I tau.

Baru lah saya mula paham apa yang dimaksudkan dengan blog bersawang, blog usang andwhatsoever. Dan saya mula dapat fefeling perasaan blogger ketandusan idea dan kehilangan nafsu untuk blogging. Ya its me dear! Yuuuhuuuuuu! Pheeewiiiit!

Jadah!

Well, tak dapat nak nyanyi Coming Home lagi neh incik puan sekalian hoi. Masih lagi berada di Nilai disaat orang lain dah tak tahu berapa kali berjaya berak dalam tandas kat kampung. Hmmmmphh! Tapi takpe, saya akan pastikan saya berjaya berak di USM nanti, biar jeles sebab dorang semua tak mampu.

Hado?

16 July - 19 July ada kat USM untuk Novel Research Innovation Competition. So kepada warga Penang, sila la hadir beramai-ramai ke sana untuk berjumpa blogger kesayangan ramai ini. Follower I dah 668 tau. Haruslah disayangi kan? Eh, katak 666 dah dijumpai ye? Hikhik I loike!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : berjaya up entry..tell the world that i'm coming home!

Cerpen 1 # Kalaulah


.




“Kita putus”, aku.
“Baiklah, kita putus”, dia.
“Ya, itu lebih baik. Paling baik buat kita”, aku.
“Apa agaknya akan jadi nanti?”, dia.
“Entah, aku pun tak pasti tapi aku tahu bahagia itu ada”, aku.
“Dulu, aku sangkakan bahagia itu kau”, dia.
“Kalau bahagia, pasti tidak begini”, aku.
“Mungkin”, dia.
“Maafkan aku atas segala apa yang pernah berlaku”, aku.
“Terima kasih kerana pernah membahagiakan aku”, dia.
“Hahaha kau bahagia?”, aku.
“Sangat bahagia. Kau?”, dia.
“Satu ketika dulu”, aku.
“Huh! Aku teruk, bukan?”, dia.
“Aku takkan menyintai orang yang teruk”, aku.
“Maafkan aku”, dia.
“Jangan! Aku yang bersalah. Aku yang minta diputuskan”, aku.
“Keadaan memaksa, aku faham”, dia.
“Aku yang memaksa keadaan”, aku.
“Aku tahu kau penat bertahan”, dia.
“Entah”, aku.
“Jom, balik!”, dia.
“Semoga satu hari nanti kita akan bertemu lagi”, aku.
“Dan pastikan kau sudah berbahagia”, dia.
“Itu pasti”, aku.
“Selamat tinggal”, dia.
“Good luck!”, aku.

Masing-masing melangkah, tidak mahu berpaling lagi. Benar ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan tapi hati tetap sakit. Di mana bahagia yang mahu diraih itu? Adakah tertinggal di belakang? Ataupun bakal menjelma di hadapan? Tiada siapa yang tahu.

(i)
(Monolog Aku)
Kenapa kau merelakan? Kenapa kau setuju? Aku sayang kau. Aku sayang hubungan kita. Aku mahu kamu ada. Kau tahu aku rasa sakit bila kau rela kita berpisah? Kau tahu aku rasa pedih bila kau setuju untuk berpisah? Aku bahagia. Aku teramat bahagia bila bersama kau. Tapi sayang, segalanya perlu berubah. Aku mohon, berhentilah melangkah, pandang ke belakang dan aku pasti berlari ke arah kau. Kita bina hidup baru. Kita hentikan segala rasa sakit ini. Kita lupakan segala duka yang pernah menyinggah di tabir hidup kita. Kita jadi orang yang baru. Aku mohon, berhentilah melangkah.

Dengan seribu kekuatan aku berpaling dan berharap kau sedang memandang aku. Tapi rupanya segala kekuatan aku hanya untuk disiakan. Ya, dia masih melangkah tanpa berpaling. Lalu aku akur. Ini akhir sebuah cerita aku. Aku, perempuan yang penuh kisah duka.

(ii)
(Cerita Dia)
Dia yakin satu-satunya perempuan yang dicintai itu tidak jujur dalam meluahkan rasa. Dia yakin satu-satunya perempuan yang ada dihatinya itu pasti menarik balik kata-katanya. Jadi dia menunggu. Malahan kakinya tidak melangkah meninggalkan tepi tasik yang seakan sudah menjadi tempat rasmi setiap kali mahu memadu kasih, melepaskan rasa rindu. Sesaat. Dua saat. Tiga saat dan tika waktu sudah entah tidak terkira berapa saat lagi, dia masih memandang langkahan perempuan itu. Hatinya mula hancur berkecai. Dia pasti perempuan itu sudah nekad. Dia menggenggam tangan perlahan-lahan dan mula berpaling untuk melangkah. Tuhan, tabahkan hati perempuan itu. Dia tidak mahu ada lagi duka dalam hidup perempuan itu. Dan dia mula melangkah pergi.

(iii)
Kalaulah aku berpaling saat dia sedang menunggu.
Kalaulah dia bersabar menunggu aku berpaling.




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : juga disiarkan di Secret 7 Writers





Amanat Untuk Pembaca Blog Suha


.

Assalamualaikum






"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : alasan tak update blog, boleh?

Mari Raikan Hari Katak


.

Assalamualaikum


Binatang lain mampuuuu?katak je mampu uols!sedunia plak tu..Beta selaku Princess Katak sangat-sangat berbangga dengan pencapaian katak-katak di bawah naungan beta..maka dengan ini beta umumkan 28 April setiap tahun adalah cuti rehat bagi semua katak-katak yang ada di dunia ini..tahun ini mungkin kita dah terlambat tapi takpe, nanti kita wat makan-makan sikit..yang berada di luar Malaysia pun, dijemput sama meriahkan majlis..tema hijau tau uols!!!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Princess Katak dah launch Page Kami Penggila Katak. sekian.

Menentukan Dara Melalui Mandi


.

Assalamualaikum


Mandi tanpa ada pelbagai halangan dan rintangan melainkan sedikit cemuhan dan rungutan dari suspek yang disyaki sebagai teman serumah ataupun teman sebilik adalah diyakini 100% mandi anak dara. Walopon tiada halangan, namun rungutan tidak harus dipandang enteng melainkan si anak dara tadi bersedia untuk menerima risiko tsunami masam muka.



Halangan, rintangan, cubaan, rungutan, cemuhan, paksaan yang bertubi-bertubi datang umpama peluru M16 dalam cerita Gerak Khas kat TV2 dulu yang mana datang dari makhluk-makhluk serumah menjadikan proses mandian ini 100% diyakini mandi mak dara. Dah tau diri tu dah mak, toksah nak mandi lelama ye. Sila pikirkan gak tentang laki, anak, orang gaji dan kucing.





"Blogger is my self, blogging is my life"



p/s : nak jadi pengedar jamu mak dara la..auwww!!!

Kesan Teknologi Terhadap Wajah


.

Assalamualaikum



... maka jadilah wajah yang tak beriak..lantaran kepeningan mana satu nak kena tengok, mana satu nak kena update status..sudahnya main game lantas mengabaikan berukben yang digajikan rm68 sebulan..oh, pernyataan ini merujuk kepada saya. sekian.




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : maaf,lukisan sedikit buruk..eh bukan sedikit tapi sebanyak =..=

Thoughtful Friday # Malunya Kalau Free Hair


.

Assalamualaikum




... sebab kartun saya lukis pon tau nak pakai tudung (^_^)




"Blogger is my self, blogging is my life"



p/s : pakai tudung tak wajib tapi tutup rambut tu yang wajib. peace!

Foto Real : Kekejaman Terhadap Kucing


.

Assalamualaikum



Bagi sesape yang bela kucing, jangan biarkan kucing mendekati rak kasut. Atau korang akan menyebabkan kucing korang mengalami kekejangan otot dan cacat mental serta-merta. Lebih teruk lagi, akan bisu selamanya. Ala-ala terkedu gitu la. Sekian.




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : karya pertama Cinta Seorang Emak dah tersiar di s7w..auwwww!

Tips Paling Penting Tentang Korek Hidung


.

Assalamualaikum


Ini ayah tercomel di dunia 
Mata cute,hidung comel
I love u, Juraimi!!!




TIPS PALING PENTING TENTANG KOREK HIDUNG

>> Jangan sampai terjilat jari itu, najis uols!!!<<




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : terjilat jari bekas korek telinga is acceptable..yucksss!pahit!

Jangan Buka Zip Saya!Tolong!


.

Assalamualaikum







Erk..pheeww!!Nasib baik tak nampak yang tuuuuuuuuuuuuuuuut (^_^)





"Blogger is my self, blogging is my life"



p/s : pakcik gugel lebiu-lebiu ni memang terbaik lah!



Jangan Asyik Nak Salahkan Babi!


.

Assalamualaikum


Bila nak maki,jangan la guna perkataan babi. Babi pon ade hati perasaan.



Ceit,line lembab cam siput babi!!!
Eh,babi gak yang kena kan?
Sori ye encik babi!




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : kalo maki guna word khinzir, lebih sopan kot *matiler statement*

Kuku Yang Tak Diluluskan Untuk Basuh Berak


.

Assalamualaikum









Cantik tapi haroooooooooooooooooooom! Taik pon menangis saat terpandang kuku cenggini. Apatah lagi wudhu' kan? Meraung agaknye. Sekadar renungan bersama.



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : ini entry autopost yang ditaip pada kol 9.30 pm, 20 April (riaks!)

Dijangkiti Virus Tangan,Kuku dan Mulut


.

Assalamualaikum


Tangan yang bertindak mengetuk keyboard



Kuku cantik yang sentiasa menemani hayunan laju tangan



Mulut yang tak akan pernah berhenti membaca setiap patah kata

Notes : Semua gambar adalah ihsan gugel dan bibir saya lebih sexy (sila jangan percaya atapun anda akan menyesal sebab percaya hahaha)

Sah! Memang sah dah saya dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut. Ni semua esemen Akhlak n Tasawuf ler ni. Arabic. Once again, Arabic! Arabic bai huhu memang menaip seketul-seketul le gamaknya. Penatla mata jap lagi menjejaki kedudukan huru-huruf arabic di keyboard. Eh saya guna onscreen keyboard, kejadah hape plak nak mengetuk keyboard? Kahkahkah



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s 1 : bila ada penyakit bebudak means that comel saya tahap dorang la 
p/s 2 : tensen!tak suke taip arabic!

Thoughtful Friday # Bersyukurlah


.

Assalamualaikum



Bersyukur itu ada rasa manis padanya.





"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : "Here I come", said Thoughtful Friday!

Facilitator Terlampau


.

Assalamualaikum


Kakak in kakak fesi.
Kakak ini kakak fesi em ar es em.
Kakak fesi ini kelihatan terujah.
Kakak fesi ini senyum lebar gila.
Kakak fesi ini muka beriya tak hengat.

Erk bukan teruja nak entertain bebudak pon. Tapi teruja sebab first time dapat pake vest Persatuan Mahasiswa fakulti. Nampak sangat la tahap kejakunan yang tinggi di situ ye. Tapi kau hado?




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Kakak Fesi ni ade tumblr! (dengan nada riaks)

Kewanitaan Saya Ternoda!


.

Assalamualaikum


Wa dah ade tumblr der! Hebat tak? Hebat tak? Dulu kemain lagi menolak dengan penuh kejituan sebarang godaan berbentuk tumblr neh. Konon malas nak up to date sangat la. Tapi, sila salahkan Kak Azzah sepenuhnya! Beliau la yang bertanggungjawab. Ada ke patut gi up entry pasal tumblr dan cara-cara nak bertumblr. Haruslah saya terpengaruh kan? Kalo saya tak create tumblr, karang buang masa lak baca entry beliau tu. Nampak kan betapa beliau bersalah??? 

Tapi tak reti sangat la. Baru nak explore. Biase-biase je lagi tapi tema seharusnya KATAK. Kata Princess Katak. By the way, sesape yang ade tumblr sila la follow saya ye. Tu kat gambor dah ada nama tumblr saya. Sesape yang takde tumblr memang tak cool giteww (padahal diri sendiri baru je 3 hari bertumblr). Eh dah terkutuk diri? Kbai!




"Blogger is my self, blogging is my life"



p/s : takyah nak p/s sangat la!

#*&@#%**&!@~+)%$*&%!@#~)$&*#@$&*


.

Assalamualaikum


Awal 90'an : "Bising je..nak makan kasut?"
2012 : "Nah, amek! kaki aku yg cagu ni aku sumbat"

#iklan
Anda memerlukan kaki palsu? Sila hubungi talian tak berape nak bebas sangat la 0123354634..berani call?berani la tanggung!kahkahkah


Satu, tajuk cam harom. Dua, caption gambor cam harom. Tiga, mukadimah ni pon harom gak. Sila teruskan pembacaan.

Saya adalah kakak fesi pojaan adik-adik mesi or boleh jugak ditulis sebagai messy or chelsea pon boleh la. Adik-adik yang berkenaan, kalo sedang membaca entry ini, sila gelak. Akak wat lawak neh. Ok tenkiu! Dah setel pon program, Alhamdulillah. Masa program ngah berlangsung, macam-macam idea menghinggap di kepala tapi..tapi..tapi...jadah plak jadi gegagap cenggini?

Tapi bila je balek rumah, online, habuk pon tak melekat. Cis! Puas dok korek hidung, kot-kot idea terlekat kat bulu hidung tapi sampai bulu hidung keguguran pon idea tetap tak dijumpai. Pastu try korek telinga plak. Sampai kuning jari-jemari pon, tetap tak muncul si naharom itu. Sudahnye, malas nak up entry pasal program tu. Tengok la esok ke luse ke minggu depan ke, kalo saya teringat saya update pasal program itu. Puii ala-ala sain Mou je. Hadap sangat la orang nak baca kan? Sobs!

Tu je la nak update. Lupe nak bitau, tajuk entry ni merupakan satu petua. Kalo korang dah jem sangat pale hotak nak create tajuk entry (akukah orang itu), korang guna je simbol. Ala-ala korang sedang memaki gitu. Pastu mula la blogger lain teruja nak membaca makian tu, terus je masuk blog korang, pastu dorang pon terkena. Eh, korang pon bersegera bukak entry ni pasal nak membaca makian gak kan? Ops! Terkutuk korang la plak. Hahahahahaktuih!




"Blogger is my self, blogging my life"


p/s : nangis lecturer saya kalo baca entry-entry latest saya +____+