Archive for October 2011

Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon


.

Assalamualaikum


Biodata beliau >> klik sini!

Kenal tak ngan beliau?sila la cakap kenal sebab beliau ni pemes ames tau..kalo tak caya,sila buka paper metro hari ahad yang bahagian kaunseling remaja..dan jangan tak tau,beliau lecturer saya..kelas ko jah berlecturerkan Datin ni .smile.

Dia doktor (phd), dia datin, dia kaunselor yang teramat glemer tapi percayalah kesempoian yang dimiliki dah menghilangkan semua status yang dia ada..seronok sesangat kelas ngan beliau..gelak je sepanjang 2 jam lecture..hahahaha..kan?dah tergelak pon.. .smile.

Nape tetibe publish pasal beliau?sebabnya saya ada projek mega ngan beliau..saya secara paksa rela diarahkan untuk mengajar kawan-kawan saya a.k.a batch kaunseling saya yang mana berjumlah 55 termasuk saya cara-cara untuk buat blog..dalam blog tu kami kena masukkan notes pasal teori kaunseling..

Haru kan?saya maen buat blog hentam keromo je hari tu..adeih terpaksa stadi balek pasal blog..wuwuwuwuwu dahla beliau ade sedikit mengutuk saya..saya cakap blog ni bagus,ade nuffnang,leh jana pendapatan..dia cakap bagus la then die tanya bape je duit nuffnang saya..saya pon jujur,cakap jumlah terkumpul setakat ni rm19 je..

"Mungkin sebab blog awak tak berilmu kot,sebab tu sikit je dapat duit,takde orang masuk baca blog awak"

Sumpah aku down..terus tak nak berblog lagi .nangis. kbai!


"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sambung nangis!

Wordless Wednesday # Katak 555


.

Assalamualaikum


Akhirnya,sampai juga ke angka 555 walopon mengambil masa yang agak lama since saya pon dah mengurangkan aktiviti blogwalking..maka,dengan tanpa rasa bersalah saya terus meletakkan di bloglist Katak Pilihan saya .smile.


Silalah tanpa segan silu berkunjung ke blog beliau..blog dia nice..salah satu blog yang rare pada pendapat saya..tak caya?sila la menjengah *paksaan*



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : uncle gedek pernah cakap blog saya rare (^_^)

Perbuatan Keji Saya


.

Assalamualaikum


So adorable..geram gile nak kiss katak neh!!!

Mukadimahnya ialah nape pic yang diletak tak sekata ngan tajuk entry?kenapa?mengapa?bagaimana?selepas itu barulah tersedar,oh ini salah saya sendiri rupanya..so tak perlu nak tanya readers kan?tapi takpela,korang baca je la mukadimah ni..dah malas nak backspace..saya memang keji kan dengan mengeluarkan mukadimah cenggini .sigh.

Warning : Entry mungkin menyampahkan sebab ianya terlalu peribadi!

Ok fine,perlu ke nak kena warning bagai?Dalam entry ni,saya dengan tanpa segan-silu nak memperlihatkan kekejian saya yang memang wajib mendapat kutukan juga cemuhan serta komplenan(bahasa damn gile) dari kawan-kawan saya..haa bukan mudah nak mengakui kekejian diri..betapa kudusnya diri ini .double sigh.


Kekejian 1 # Pakai tudung langsung tak match ngan baju

Keji tak?keji tak?sesungguhnya saya langsung tak pernah peduli ngan perasaan baju kurung saya..walopon saya tahu beliau merintih sengsara kerana saya sering memperjodohkan beliau dengan tudung kaler yang tak berapa nak match sangatlah tapi saya hanya membutatulipekakkan mata hati saya..lantak ko la,asal aku tak free hair,itu pon dah cukup tau! .grrrr.


Kekejian 2 # Pakai stokin kartun di saat usia Jubli Perak

Percayalah,saat masuk ke dalam surau,nescaya 90% mata akan terarah kepada kaki saya..lantaran itu,kaki saya terus tersipu-sipu malu sambil menguis-nguis lantai dengan penuh kesayuan..mungkin di kala itu beliau terpikir,kenapakah tuan kaki langsung tidak mahu menjadi sedikit matang..ape salahnya jika beliau disarungkan dengan stokin yang sepatutnya iaitu stokin kaler cekelat yang mampu menunjukkan sedikit kedewasaan encik kaki..eh beliau encik kah? .smile.


Kekejian 3 # Beg sandang pilihan hati

Sungguh,encik telinga sudah terbiasa menerima saranan,perlian,kejian supaya beg sandang yang megah di bawa sehingga kini ditukar dengan beg pompuan yang besar gedabak yang juga dipanggil beg doremon itu..erk doremon pon takde beg ala-ala gitu kot..atau mungkin apa yang dimaksudkan itu adalah poket doremon..ok dah paham tapi malas nak padam ayat yang tersalah kenyataan itu..saya masih mahu setia bersama beg sandang itu walopon saya akan kawen mase stadi .double smile.


Kekejian 4 # Kad matrik sentiasa bergantungan

Kalo saya berteman rapat dengan makgad,pakgad unibersiti,haruslah saya menjadi kebanggaan mereka lantas mereka akan membelanjai saya setiap hari lantaran saya dengan kad matrik boleh diumpamakan sebagai isi dengan kuku,seluar dengan dalam dan suha dengan cantik kerana tidak dapat langsung dipisahkan..perkataan-perkataan yang saya nyatakan juga tidak boleh dipisahkan,rite?walopon saya adalah senior dan kawan-kawan saya akan berkata "lu ape barang pake kad matrik,der!" saya tetap bertabah .sigh.


Kekejian 5 # Kasut sporty

Kalo tadi stokin,lani kasut plak..encik kaki adalah anggota badan yang terpaling sengsara kan?tabahnya beliau melayan perangai tak berapa nak terbetul tuan beliau ini..walopon pemilihan kasut sudah mengalami sedikit perubahan berbanding dahulu tapi sebenarnya takde la nak berubah sangat pon..saya dah bertahun pegi kelas pakai kasut sporty..ianya sangat ohsem..kenapa?kerana di kaki ku ada kasut sporty..ok,memang takde kaitan .double sigh.

Sila la mengeji saya sekarang dek kerana kekejian yang dah sedia mengeji dan terkeji dalam diri saya yang keji..tapi peduli hape,walo dan berpuluh orang membisikkan kata-kata yang bisa meruntun hati saya tapi ada saya kesah?haha i am who i am..phewiit omputeh gitu,kelas ko jah!

(patut la ade orang mengeji blog personal,gaya penulisan mencerita hal diri begini sangat menyampah kan?oh kenapa la leh tertype entry camni?dah malas nak padam ok!nak publish terus neh)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : keji itu same maksudnya dengan cantik kan? .pitam.

CINTA SIBER OH


.

Assalamualaikum

Santai Bersama BEN ASHAARI

Anda gojes macam Rozita Che Wan?ok,sila klik image!

Saya sebenarnya dah bersara dari join apape segmen but since tajuk neh interesting,so saya gagahkan diri untuk menjoinkan diri..sekadar ingin berkongsi pendapat dan juga pengalaman,insyAllah (^_^)

Sebelum saya bagi keburukan dan kebaikan,maka baiklah kiranya kalo saya kongsikan dulu pengalaman benar yang pernah saya tahu berkaitan dengan cinta siber ni (pehal lak aku jadi skema gile neh?)


Kisah 1# Kisah Abang Kawan Saya

Narrator bagi cerita ini ialah kawan saya di mana abang dia berkenalan dengan aweknya yang bakal menjadi tunangnya tak lama lagi melalui ym..abang dia sekarang ni belajar kat jepon dan sudah hampir 3 tahun bercinta..


Kisah 2# Puan Siti @ Classmate Saya

Haa kau,dah jadi puan pon!dan insyAllah bulan 2 tahun depan gonna be a mom..comel kan?juga berkenalan dengan pakwe merangkap tunang merangkap suami melalui ym..melalui penceritaannya sendiri kepada saya,dorang hanya amek masa setahun before kawen..Alhamdulillah,jodoh panjang..


Kisah 3# Saya @ Cik Suha

Hehe nak gak masuk cite sendiri kan?nothing spesel pon tapi sekarang sedang menjalinkan hubungan yang sedikit istimewa dengan seseorang yang juga dikenali melalui ym..tahap keseriusan?insyAllah kalo berjodoh..jodoh kan hak Allah..(gila la aku kalo dia baca entry neh)


Itulah beberapa pengalaman yang saya dapat..sekarang ni bagi memenuhi syarat penyertaan,mari kita sesame kaji apekah kebaikan dan keburukan cinta siber ni dari sudut pandangan saya

#Kebaikan
~ Jatuh cinta dengan hatinya bukan dengan rupanya 
~ Lebih menampakkan keikhlasan
~ Menampakkan kecenderungan minat yang sama (cth : chatting kat ym)
~ Memperlihatkan kepercayaan yang tinggi
~ Menjadikan kita lebih setia demi menghargai kepercayaan yang diberikan

#Keburukan
~ Wujudnya penipuan since kita bukan betul-betul kenal
~ Indah khabar dari rupa
~ Mungkin sekadar untuk main-main
~ Ada cubaan mengambil kesempatan
~ Mostly manusia di alam siber tak boleh dipercayai

Jadi,peringatan untuk diri sendiri dan juga kengkawan di luar sana,berwaspadalah dengan cinta siber..walo ada kebaikan,tetap ada keburukan..TETAPI kita mesti sentiasa ingat,semua adalah di bawah kekuasaan Allah..cinta tu tak semestinya datang hanya dengan kita bertemu that person..cinta boleh datang dengan pelbagai cara dan sekiranya alam siber menemukan cinta kita,berdoalah semoga cinta itu kekal..only Allah knows what is right for us .smile.


Jalan yang Allah tunjukkan,itu yang terbaik
Takdir yang Allah tentukan,itu yang terindah



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sedang jatuh cinta ngan Hlovate!

Perempuan Simbol Seks!


.

Assalamualaikum


Korang tengok la betol-betol ~grrrr

Adakah saya perlu up entry yang betol-betol lucah supaya mereka-mereka (atau mungkin juga korang-korang) yang terlebih minum tongkat ali (atau mungkin juga kacip fatimah) berpuas hati (atau mungkin juga berpuas nafsu) tatkala menuju ke blog ini seperti yang disarankan oleh Mr. Google lebiu lebiu (atau mungkin juga hateu hateu)?

Adakah saya perlu berhenti menulis entry dengan menggunakan keyword yang lucah untuk mengelakkan mereka-mereka (atau mungkin juga korang-korang) yang terlebih minum tongkat ali (atau mungkin juga kacip fatimah) berpuas hati (atau mungkin juga berpuas nafsu) tatkala menuju ke blog ini seperti yang disarankan oleh Mr. Google lebiu lebiu (atau mungkin juga hateu hateu)?

Nasib baek la di saat saya mula terasa down akibat terlalu banyak keywords lucah yang menjadikan mereka-mereka (atau mungkin juga korang-korang) yang terlebih minum tongkat ali (atau mungkin juga kacip fatimah) berpuas hati (atau mungkin juga berpuas nafsu) tatkala menuju ke blog ini seperti yang disarankan oleh Mr. Google lebiu lebiu (atau mungkin juga hateu hateu), saya terpandang sesuatu!


Inilah yang terjamah di mata saya yang kudus ini!

Tak sangka ada yang mencari saya di google..walopon tidak saya tahu siapakah mereka,namun tetap juga saya merasa terharu jika nak dibandingkan dengan carian  mereka-mereka (atau mungkin juga korang-korang) yang terlebih minum tongkat ali (atau mungkin juga kacip fatimah) berpuas hati (atau mungkin juga berpuas nafsu) tatkala menuju ke blog ini seperti yang disarankan oleh Mr. Google lebiu lebiu (atau mungkin juga hateu hateu)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : malam ni sudah beratus kali ulang dengar lagu Istikharah Cinta .smile.

Thoughtful Friday #Ikhlaslah!


.

Assalamualaikum




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : tiada titipan dari Penghuni Hati,beliau busy (^_^)

Memo Penting Untuk Semua Blogger Malaysia


.

Assalamualaikum


Hey,dengar sini!eh silap..hey,baca ni!

Sesungguhnya saya selaku Princess Katak yang berkaliber tapi kekurangan idea,dengan penuh ketegasan ingin memaklumkan bahawa tiada entry yang akan di update pada malam ni..so korang-korang semua janganlah menunggu dengan penuh harapan kat dashboard tu semata-mata nak tengok saya punya entry ada naik tak malam ni,siap refresh bagai lagi..tak perlu ye..nanti esok baru ada entry menyusul..ada paham?sekian!


"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : ade ke yang menunggu saya update entry?retis la sangat kan?

Tutorial : Make-up Smokey Eyes


.

Assalamualaikum


Hai wanita!sentap tak kalo time korang pegi jalan-jalan,tetibe terserempak dengan pompuan yang mata dia "humanggai" kata orang nogori..mata dahla bulat besar,pastu ditambah plak ngan mekap smokey yang menonjolkan lagi kecantikan mata tu..fuh..kompem pakwe korang tanpa segan-silu memandang matanya..pastu mulalah adegan "jatuh cinta pandang pertama"..kan dari mata turun ke hati kan?dari hati turun ke?

Saya tau ramai yang baca blog neh bercita-cita untuk mekapkan mata lantas menjadi sebegitu rupa..takpe-takpe,kali ni korang-korang yang baca entry neh memang sangat bertuah kerana saya dengan tanpa segan-silu dan beradab sopan ingin berkongsi cara bagaimana mahu menghasilkan mata yang sebegitu rupa..pas baca korang leh terus cuba tau!

Step 1 : Salin sume esemen yang ada tok satu sem
Step 2 : Jangan pedulikan ape yang anda salin itu
Step 3 : Enjoy la sesuke hati dan sila jangan berduka-lara
Step 4 : Layan cite korea bertalu-talu 
Step 6 : Update status fesbuk dan blog sampai termuntah
Step 7 : Due of submission dah dekat?ok fine,kuarkan list step 1 tadi
Step 8 : Buat esemen betol-betol dan jangan tido

Dan at last,mata anda akan smokey secara asli seperti pic di bawah!


Step yang senang sesangat untuk diikuti kan?kan?selamat mencuba (^_^)


Notes smokey : sedang pulun wat esemen..cis!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s :kaum lelaki kompem tak bernafsu dengan tajuk entry neh kan?




Wordless Wednesday # Hot Chicks Pictures!!!


.

Assalamualaikum



Convo PoliJB : yang sedang buat muka keji itu adalah saya!

Memang ngah hot gile time ni..tengahari der,matahari kat atas kepala..tapi happy sebab akhirnya  convo after 3 taun belajar..ni nak menunggu convo degree lak (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : kat Padang Mahsyar nanti camne ye panasnye?

Pernah tak breast korang kuar dari bra?


.

Assalamualaikum


Hoi!blog ni tak pernah pon ada tertulis perkataan BREAST tapi saya musykil nape la Google leh bagi link blog saya ni?bastek sungguh beliau!oh pasni kena buat formspring,senang nak jawab soalan cenggini kan?bagi mereka yang dah terjebak ke alam blog ni disebabkan keyword lucah yang korang type,pasni akan ada Formspring Lucah,khas tok jawab soalan-soalan yang lucah..spesel Cik Suha create tok korang..bastek!

My spesel thanks to http://betadoradus.blogspot.com/ sebab senaraikan saya dalam bloglist awak..sedang rase keharuan ni..sobs..kepada bloggers lain,sila la senaraikan saya dalam bloglist anda jugak (bajet pemes ames) 


"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : agak-agak yang cari keyword tu laki ke pompuan?


Perempuan itu bodoh...


.

Assalamualaikum


tapi percayalah,bila dia mula jatuh cinta,dia akan jadi perempuan yang paling hebat!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Monday's Blues (^_^)

Suratkhabar Penipu!!!


.

Assalamualaikum


Harga kosmo di universiti ialah 70sen sahaja
(Ok itu bukan alasan saya beli kosmo!)


Sedang berperasaan haramjadah!marah,kuciwa,bastek semua bercampur-aduk..rase down gile pon ade,umpamanya kalo korang terminum air yang ade taik cicak..sumpah rase down lantas ingin membunuh diri patpulohpat saat selepas itu kan?kan?

Ok setel ngan mukadimah,masuk part isi kandungan plak..haha gelak la woi!saya wat lawak neh..citenye bermula saat angin-puting-beliung-lautan-hindi datang menyinggah dalam diri tadi..terasa nak mengkemaskan bilik la plak tadi kan..pastu kat tepi dinding ade la satu beg gambar monyet yang sangat cute..cute tu tak jadi masalah pon tapi yang masalahnya sebab terjumpa paper Kosmo dalam beg tu..

Saat ternampak paper Kosmo tu la saya mulai rase down..kecewa membaluti jiwang,resah bermukim di hati,kesal menyelinap didenyutan nadi (ayat novel)..stress sebentar tatkala terpandang muka depan Kosmo tu..rasa satu perasaan yang sukar distorikan..lantas saya ambil Kosmo perlahan-lahan sambil memandang muke depan Kosmo tu ler..saya pejam mata,nafas dah mula terasa berat..rasanya tak sanggup membuka mata tapi saya tahu saya terpaksa menerima hakikat..dan dengan perlahan-lahan saya bukak mata dan benar..ianya jelas tertulis di muka depan Kosmo..

Tertulis tarikh 6 Oktober 2011..dan hari ni dah 16 Oktober 2011..means dah 10 hari berlalu dan saya langsung tak baca lagi paper tu..mana tak kecewa kalo macam ni la jadinya???berita dah tak hot..tapi saya yang tengah hot dengan diri-sendiri yang membazir 70sen beli paper tu lantas tak baca langsung..hampeh kan?kan?

Persoalannya sekarang,patutkah saya baca?up-to-date kah saya kalo baca paper 10 hari lepas?berpengetahuan am kah saya kalo baca berita yang dah 10 hari terkebelakang?hebatkah saya kalo tetibe nak mengulas pasal berita yang semua orang dah tau?see,nampak kan di sini betapa saya sangat berfikir dengan serius tentang masalah ini?

So sekarang ni,paper Kosmo yang berkenaan sedang berada di sebelah saya..apa yang patot saya buat?



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : terlupa baca paper pon nak kecoh?dasar blog personal!!!

Lelaki Yang Berpotensi Untuk Dirogol


.

Assalamualaikum


Auww ensem...silalah bersedia untuk dirogol oleh saya!

Dewasa kini,kita sering membaca atau mendengar kes-kes rogol yang melampau dan terlampau..ye,perogol adalah dari kaum mereka yang meminum tongkat ali dengan cara yang betul..maksudnya lelaki la..dan bila perkara ni diperbahaskan,yang salahnya tetap pompuan..alasannya,pompuan pakai baju ketat..pompuan tunjuk dada seksi..tapi pernah ke dorang nak salahkan aktiviti menengok video Cik Puan Besar Maria Ozawa tetiap malam tu?lagi double tengok bila malam jumaat..ade dorang pernah salahkan Maria Ozawa?huh!

Tapi kaum lelaki juga patut sedar tentang potensi diri mereka..ini kerana perogol adakalanya tergolong dalam kaum Kacip Fatimah..haa jangan memain..jadinya sebelum anda-anda yang bernama jantan a.k.a lelaki ini tanpa rela dirogol oleh kaum saya,silalah baca entry ini dengan penuh minat..anda harus cek potensi diri anda (skema habis)..


1# Lelaki berwajah korea


Hohoi,nafsu pompuan mana yang tak naik kalo tengok laki rupe cenggini??die punya smile,ya Allah...cair hati mak!so kalo korang rasa muka korang ada iras-iras korea or perasan iras-iras korea or ada plan nak wat plastik surgery tukar muka jadi cenggini,sila la pakai cawat besi bila kuar umah (^_^)


2# Lelaki terlampau penyayang


Alolo shweettnye die..dukung baby lagi..aummm (tetibe jadi rimau)..adui kalo laki yang dukung baby lalu depan mata,rasa macam nak tarik tangan dia sambil bertanya "will u marry me?"..kalo dia tak setuju,terus rogol..sape soh ko jadi comel sangat,pastu taknak plak kawen ngan aku..rasakan!


3# Lelaki yang suka memasak


Lelaki yang suke masak ni memang hot giteww..hot la kan sebab dapur tu panas..kalo la pompuan-pompuan dapat tau lelaki tu pandai masak dan suka masak,siaplah mereka..terus sahaja dinafsui oleh kaum pompuan..anda tau masak?tolong jangan cite ngan kawan-kawan pompuan bagi mengelakkan hilang teruna


4# Lelaki  berjanggut kambing




Sila pokus kepada janggut kambingnya..grrrrr..walopon itu dinamakan janggut kambing tapi kehenseman mereka yang berjanggut kambing adalah melebihi kehenseman kambing peliharaan mereka..hancur luluh hati pompuan saat terlihatkan janggut itu..dan lelaki,silakan berjanggut sebegitu rupa kalo anda bercita-cita untuk dirogol!


5# Lelaki romantika


Haa ko,romantik tahap ape dah kan?wat suprise gi umah awek sambil bawak bunga yang sangat ohsem..oh pelis la,jangan berkelakuan seromantik ini..kalo kalian sume(tetibe je nak panggil kalian) tak nak berisiko untuk dirogol,buang la segala tabiat menggetar jiwa dan sanubari ini..tapi mak ok jer!auwww


Macamana?korang ada tak antara ciri-ciri tersebut?kalo ada,sila ubah dengan kadar segera sebelum anda dirogol oleh pompuan-pompuan disekeliling anda..erk larat ke pompuan nak rogol laki?tapi ni nak tanye pompuan-pompuan kat luar sana,apa yang korang nak buat kalo laki yang korang jumpe ada semua ciri-ciri ni?


Notes rogol : Cik Suha tak suke laki muka korea..sumpah tak feel!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : adakah Cik Suha yang dulu sudah kembali?

Thoughtful Friday # Hapuskan Kejahilan


.

Assalamualaikum


InsyAllah,akan ke sini suatu hari nanti..amin..

SALAH FAHAM MENGENAI SYIAR ISLAM: 
KEJAHILAN ORANG ISLAM MENYEBABKAN KEBENCIAN TERHADAP ISLAM?

Insiden penggunaan pembesar suara masjid baru-baru ini adalah satu contoh bagaimana kejahilan umat Islam mengenai Islam telah menimbulkan kebencian orang bukan Islam terhadap Islam. Bagi orang bukan Islam yang menyedari hakikat bahawa sifat Islam tidak boleh diukur berdasarkan sikap orangnya, ini mungkin tidak menjadi masalah. Ia mungkin mengkaji Islam sendiri menerusi sumber-sumber sahih: al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya perangai dan tindak-tanduk orang Islam.

Yusuf Islam pernah berkata, “Jika saya melihat sikap umat Islam untuk memahami Islam, mungkin saya masih tidak menjadi seorang Muslim.” Berikut dikemukakan beberapa contoh:

1# Penggunaan pembesar suara untuk bacaan selain azan: Ini adalah ternyata diharamkan. Namun, bagi umat Islam yang tidak mendalami isu ini berdasarkan kacamata Islam tetapi emosi kebangsaan (keMelayuan, umpamanya) atau membabi-buta menganggap bahawa tindak-tanduk “orang-orang terdahulu” adalah betul, penggunaan pembesar suara untuk melaungkan nasyid, ayat-ayat al-Quran, zikir, dan bacaan semasa solat adalah kononnya syiar Islam dan tentangan terhadapnya adalah tentangan terhadap Islam. Ini ternyata amat menjatuhkan imej Islam;

2# Keganasan (terorisme) oleh orang Islam melibatkan pembunuhan nyawa yang tidak berdosa yang tidak menunjukkan tanda-tanda jelas memerangi Islam. Sudah semestinya orang-orang bukan Islam yang memang sudah membenci Islam akan mengambil kesempatan ini untuk memburuk-burukkan lagi Islam walhal yang bersalah ialah umat Islam sendiri;

3# Serangan segelintir orang Islam terhadap penggunaan kalimah Allah yang kononnya tidak dibenarkan di kalangan orang bukan Islam. Tidak ada nas yang melarang hal ini;

4# Isu babi dan anjing: Segolongan orang Islam menjadi terlalu fobia dengan babi dan anjing malah “obsessive” dengan amalan menyamak apa saja yang tersentuh dengan mana-mana bahagiannya tanpa dalil sahih tindakan tersebut. Hal ini sudah tentu bukan saja menimbulkan bukan saja anggapan bahawa Islam itu adalah agama yang rumit malah mungkin menjadi bahan ketawa!;

5# Kahwin paksa: Anak perempuan berhak menentukan bakal suaminya. Malangnya, ramai ibubapa memaksa anak-anak perempuannya berkahwin dengan lelaki pilihan mereka. Ia mungkin tidak lagi dianggap sebagai amalan Islam tapi masih berleluasa di kalangan kita.

Banyak contoh-contoh yang tidak perlu dinyatakan di sini bagaimana ramai orang bukan Islam memeluk Islam kerana tertawan dengan sikap orang-orang Islam yang patuh kepada ajaran Islam yang sebenar. Realitinya ialah jangankan orang bukan Islam jahil terhadap Islam, ramai orang Islam sendiri yang tidak memahaminya sehingga berlakulah gejala murtad.

Lebih buruk lagi apabila terdapat orang Islam yang dijelaskan mengenai kesalahfahaman mereka menerusi dalil al-Quran dan as-Sunnah meragui atau menolak dalil tersebut tetapi menafsirkannya tanpa ilmu yang sahih.

Syiar islam bukanlah melaungkan ayat al-Quran menerusi pembesar suara agar didengari di seluruh kampung dan bandar pada 5 pagi, berarak sempena hari jadi Nabi, atau menyamak badan apabila terkena mana-mana bahagian babi atau anjing. Syiar Islam ialah pengamalan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : titipan dari Penghuni Hati (^_^)

Petua Sebelum Minum Tongkat Ali


.

Assalamualaikum


Erk ade selera tak minum dalam cawan cenggini?

Hai kawan-kawan di luar sana,selamat datang ke blog saya (greeting baik punye)..sila lah terpesona dengan kelembutan dan kemesraan saya ini..oh gampang punye mukadimah betol la *sigh*

Korang-korang tau pasal tongkat ali dan kebaikan tongkat ali kan?kan?so tak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut..yela,takut gak nak explain lebih,karang ada yang masuk tido awal lak malam ni..erk apekah maksud ayat ini?

So,bagi tidak membuang masa korang-korang yang dah memang terbuang pon,jadi saya tidak akan merepek dengan cemerlang..so marilah saya kongsikan petua sebelum minum tongkat ali yang saya dapat masa berguru ngan Tok Batin (sila percaya)


1# Tuangkan sepeket tongkat ali ke dalam cawan

2# Masukkan air panas yang mana punca airnya dari sumber halal

3# Kacau hingga sebati

4# Cium aromanya yang memikat hati

5# Baca Bismillah (ini penting!)

Haa,then korang minumlah..silalah enjoy secawan tongkat ali korang dengan sepenuh hati (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : resah tanpa Kacip Fatimah!

Wordless Wednesday : Hati Sedang Tersenyum


.

Assalamualaikum




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : hanya mahu senyum (^_^)






Entry Tanpa Kuasa Kacip Fatimah


.

Assalamualaikum


(^_^)


Hari ini tarikhnya bagus..11/10/11..cantik kan?terus terasa macam nak bertunang haha..(takde calon,sobs!)..dan hari ni hari yang sangat ceria..sungguh,saya sedang menikmati bahagia (^_^)

Well,tadi kawan saya mekapkan saya..realy cam shit but tak tau nape they was so teruja ngan saya..hehe yela,saya bukan manusia yang suka mekap..even bedak pon saya tak pakai,ape lagi benda-benda laen kan?so leceh la..ehem3 sesungguhnya saya mampu menjimatkan ekonomi keluarga (promot diri neh)

Gambar?saya upload di entry seterusnya andai ada permintaan..jika mahu saya upload gambar mekap bagai tu,sila la request dalam komen..hahaha kelas ko jah!request gambar lagi tuuuuu..bajet retis segala!

Oh lupe nak bitau,ini just a quick update..Cik Tia pon cakap entry saya mendatar..wait ye guys,i will come up with unforgettable entry nanti,macam dulu-dulu hahahaha (gelak pasrah)..erk sila abaikan kesalahan ayat ini..eh korang,try klik sini..hehe blog ni pon list kan blog saya dalam bloglist dia..tenkayu!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : langsung tak gersang buat entry cenggini,apetah lagi baca kan?kan?

Hey!Ko ingat ko blogger glemer?!!?


.

Assalamualaikum


Nape die ni ensem sangat?*fall in love wif diz frog*

Saya blogger,full time blogger part time student (haha)..saya ada gaya penulisan saya sendiri (konon!)..blog saya bukan blog ilmiah,juga bukan blog lucah walopon kebanyakan tajuk entry berbaur lucah dan sila anggap ianya sebagai trademark saya..saya suka menulis tentang diri saya dan suka kaitkan dengan isu di sekeliling saya..saya lebih banyak merapu berbanding merepek..blog saya blog katak kerana saya gilakan katak dan anda-anda adalah katak saya..nampak kan di sini bahawa saya memang ditakdirkan untuk menjadi Puteri Katak?

Saya ada akaun nuffnang tapi percayalah jumlah kutipan langsung tak memberangsangkan..saya tak kisah pon since saya bukan reti sangat pasal nuffnang..kalo cakap pasal SEO,BE and wutsoeva lagi la saya tak reti pape..sungguh,saya berblog kerana saya hanya mahu menulis dan saya tak pernah pedulikan asas-asas blog yang laen (blogger sejati kan?)

Saya selalu bukak akaun nuffnang saya..bukan amaun yang saya tengok,tapi yang menjadi tarikan ialah rujukan pautan..saya mahu tahu,dari manakah pengunjung-pengunjung blog saya datang..biasanya katak-katak yang dah lama memanggil hujan memenuhi ruang rujukan pautan tu..tapi tadi bilamana saya bukak,saya melihat ada link blog yang saya tak kenal pon..

Then,saya pon jadi la stalker (haha)..pegi menskodeng blog-blog yang disenaraikan dan sungguh saya merasa terharu..terharu kerana mereka menyenaraikan mereka dalam bloglist mereka..ianya sesuatu yang patut diterharukan kan?(ayat apekah ini?)..blog saya tidak menarik,blog saya bukan kaler pink,blog saya tiada gambar cantik (since saya pon tak cantik),blog saya tiada gosip artis,blog saya tiada cerita yang best..tapi nape ade yang still senaraikan saya dalam bloglist mereka?oh terharu!sobs..


Tak caye?klik la page dorang :-







"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : lubang idong sedang kembang-kuncup (^_^)

Artis Terkenal Jual Ikan???


.

Assalamualaikum


Katak yang bekerja sebagai fishmonger 


(gambar yang langsung tiada kaitan dengan isi kandungan entry)

Aktiviti self-audit (muhasabah diri) ini adalah satu aktiviti yang bagus bertujuan untuk mengenalpasti segala kelebihan dan kekurangan diri dan dalam pada masa yang sama, meningkatkan kelebihan serta memperbaiki segala kekurangan yang didapati dalam diri individu. Borang self-audit yang disediakan adalah ringkas namun hakikatnya, ia sangat sukar untuk di isi memandangkan ianya memerlukan tahap kejujuran yang tinggi.

Aktiviti ini sangat menguji dan banyak memberi kebaikan kepada saya. Ini kerana secara tidak langsung saya dapat menilai diri saya dan terbukti di sini bahawa dalam kehidupan, saya lebih banyak melakukan amalan yang wajib berbanding amalan sunat. Sepanjang tempoh memuhasabah diri ini, saya mulai sedar bahawa saya hanya menitikberatkan amalan-amalan yang wajib sahaja.

Saya menganggap aktiviti ini sebagai satu hikmah yang mana telah memberikan kesedaran kepada saya tentang kekurangan dalam hidup saya selama ini. Dimana kekurangan ini juga merupakan satu punca tekanan berlaku dan Alhamdulillah saya mulai dapat mengawal tekanan itu.

Saya berpendapat bahawa aktiviti ini patut diteruskan dan dipraktikkan setiap hari sehingga setiap amalan sunat yang disenaraikan mulai menjadi satu kewajipan untuk ditunaikan oleh diri saya sendiri. Saya juga akan mencuba untuk sentiasa memuhasah diri bagi memperbaiki segala kelemahan diri yang ada.

(kandungan entry yang langsung tiada kena-mengena ngan tajuk)

Notes Ikan : ekceli,ni reflection paper yang saya kena wat..tapi yang susahnya,tiap kali nak wat mesti asek terbukak blog..sudahnya saya type je kat blog..setel keje..patutnya in english tapi madam tu bagi optional,in bahasa pon boleh..so i chosed de optional (^_^)


"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sudah lama membawa diri,sudah jauh kaki melangkah..namun di saat nadi berdenyut,kenapa dia masih di hati?

Kerana Dia Adalah Saya


.

Assalamualaikum

(..and also outside hahahaha)


PART 1

p0po's

Hai, saya Cik Popo (taken already)
Saya suke katak
Tengok la belog saya
Semua ade aura katak kan?
Haa kenal tak Cik Suha
Dia cantik tau
Ok,saya tipu ~sori~
Tapi dia suke katak
Sama macam saya
Erk bukan suke tapi dah tahap gile katak
Dia ade buat contest
Haha takde orang join pon
Tapi saya join gak
Sebab hadiah dia katak
Saya lak pencinta katak
So saya dah menang
Tadi Cik Suha sms saya
Katanya hadiah dah di pos
Oh very tak sabar
Sila la rasa cemburu
Semoga kargo yang bawak hadiah tu takde masalah
Nanti saya dapat hadiah
Saya akan update
Biar uol jeles
Hikhik
Kbai!


Part 2
Suhada Juraimi

Ini saya dengan kamera yang fokus terlalu dekat
Lantas mendedahkan raut wajah sebenar saya
Tapi saya tetap attach gambar ni bersama
Walopon ianya kelihatan agak poyo
Eh kat atas tadi tu Cik Popo ada kutuk saya tak?
Kalo kutuk memang nak kena la ye
Emm tapi kenape dia?
Kerana dia adalah saya
Kerana kami berkongsi kegilaan
Kerana disaat saya membaca Cerita Ini Cerita Katak
Seakan saya membaca cerita saya sendiri
Kenapa?
Kerana dia adalah saya
Erk dia cantik,saya tak
Beza sikit la
Kbai!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Cik Popo,sudikah anda menjadi pasangan lesbo saya?wakakakaka