Archive for September 2011

Gambit Buat Hal Lagi?


.

Assalamualaikum


Entah mengapa,langsung tiada ruang dan peluang tok blogwalking..ianya sangat teruk dan menyeksa batin lantas tiada lagi klimaks sebagai salah satu makhluk dalam spesis Blogger..sumpah,ianya telah melanggar lari status saya sebagai Blogger Penyibuk Di Blog Orang Lain (itu satu gelaran unggul kah?)

Entry yang dipublish plak umpama menipu diri-sendiri dan tersangat hipokrit..tiada lagi entry mencanak naik yang mana boleh menegangkan apa yang patot ditegangkan..saya sudah berubah kah?entry langsung tidak menunjukkan tahap klimaks,malah lesu sahaja umpama pada malamnya terlupa untuk meminum Tongkat Ali atau Kacip Fatimah..oh!

Kenape ini terjadi kepada saya?katak-katak ensem,sila la datang comolot saya lantas merangsang saya untuk kembali aktif berblog seperti dulu..terasa mahu hantuk pale 14 ratus kali supaya keinginan update blog beriya menjengah semula di ruangan hati..biar mereka yang mensenaraikan saya di bloglist mereka merana lantas menghina saya lantaran dahboard mereka hanya dipenuhi entry saya..

Kepada katak-katak sekalian, beta (tetibe jadi beta) sebagai Princess Katak berjanji untuk mencuba sedaya-upaya beta dapat menjengah di page korang..beta tidak akan sama sekali membiarkan kata-katak sekalian sangap sendirian sambil menantikan komen..undilah beta!..erk?



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : saya menyalak kah?


Wordless Wednesday : Barang Baik Punye!


.

Assalamualaikum


Masih ingat tentang ini?dan ini?

Dan inilah keputusannya (^_^) --------> [Pemenang Tunggal]



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : maaf atas kelewatan (^_^)


Cerita Nasi Kangkang


.

Assalamualaikum


Bila henpon kat tangan, kertas pon kat tangan, posing sambil tangan taip meseg, pakai pulak baju yang same kaler ngan kawan..yes,itu petanda saya ada program dan saya busy dengan program tersebut

(Wow,what an adorable introduction!)

Pelbagai kekangan yang terpaksa dilalui dan sumpah, langsung tak sempat berbelog bagai..

1# Berukben ade bersama adik
2# Esemen yang melampau banyak
3# Asek termenung pikirkan esemen walopon langsung tak buat
4# Handle program tok sesikenal ngan junior kaunseling 
5# ................... (sila isikan ruangan kosong yang disediakan)

Ianya alasan yang sangat menakjubkan..oh inikah yang harus dilalui oleh blogger lewat usia pembloggerran mereka?sungguh,saya merindui saat entry adalah 14 ratus sehari..

~ Kembali termenung pikirkan esemen ~


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : Kangkang dan kekangan tu hampir sama je kan ejaannya?

Wordless Wednesday (yang telah tamat waktunya)


.

Assalamualaikum











"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : pelangi itu indah tapi ianya susah digapai..



RALAT


.

Assalamualaikum


Ada ralat dalam hati,
Ada kecewa dalam hati,
Ada luka dalam hati,
Ada sendu dalam hati,
Mampukah hati jadi kuat?


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : kecewa bukan pilihan yang baik tapi percayalah,ia perlu diterima 

Menjadi Lelaki Yang Hot Di Mata Wanita


.

Assalamualaikum


Pheewiit..no henpon pelis!


Anda lelaki?anda mahu menjadi rebutan wanita?anda mahu bila anda pegi kedai runcit depan umah,sume kakak-kakak yang beli bawang pandang anda?anda ingin sekali kelihatan seperti Aaron Aziz?atau Fahrin Ahmad?anda mahu jadi Hottest among the Hot?mahu?

Ye,sesungguhnya anda berada di page yang tepat..kerana saya ada rahsianya..saya perempuan,jadi saya tahu bagaimana mahu menjadi hot di mata kaum saya..kerana saya juga mahukan yang Hot..auwww

Bagaimana caranya?hanya satu cara saja..yup,only one..so bagaimana?apepon,selepas mendapatkan petua ni,saya berdoa agar anda-anda kaum lelaki yang mencubanya,terus jadi Hot lantas meletop gitu..mahu kongsi petua ini di blog anda?silakan,tapi sila berbaik hati mengkreditkan blog saya  ini..



Silalah bekerja di Hot Fm..gerenti tetap akan Hot even anda bekerja sebagai Tea Lady..erk Tea Guy lebih sesuai barangkali (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : Faizal Ismail (FBI) sentiasa nampak Hot kan?



Thoughtful Friday #Sebelum Azan


.

Assalamualaikum


Benarkan Hanya Azan di Pembesar Suara

Prof. Madya Mohd Asri Zainul Abidin
Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM, & bekas Mufti Perlis
(Disunting untuk tujuan ringkasan )
2011/1/15

Ramai orang bukan Islam keliru antara azan & bacaan-bacaan menerusi corong pembesar suara sehingga menyangka ia adalah azan yang disuruh oleh Islam lalu bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama sedangkan azan tidak lebih dari lima minit.

1. Hanya AZAN yang disyariatkan untuk diangkat suara

Selain itu, tiada nas menyuruh kita menguat suara hingga mengganggu ketenteraman awam malah ditegah islam. Ketenteraman awam wajib dipelihara melainkan yang diizinkan syarak.

Bacaan al-Quran & zikir adalah baik tapi orang lain tidak boleh dipaksa mendengarnya. Mungkin ada yang ingin membacanya sendiri, yang sakit, bayi tidur, tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam & lain-lain.

Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

"Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf, baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan Nabi sedang berada di tempat ibadahnya. Lalu baginda mengangkat langsir & bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini:

"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).”

Jika mengangkat suara di dalam masjid sehingga mengganggu konsentrasi jamaah masjid dilarang, apa lagi menggunakan melalui pembesar suara hingga menggangu mereka di luar masjid.


2. Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

"Mereka itu jika menyakiti orang-orang di sekeliling mereka, mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi ada yang telah solat, perlu tidur & berehat, mungkin dia sakit & terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula & anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

"Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang penduduknya berbilang agama yang seperti Malaysia?


3. Tipu daya iblis

Ulama silam Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) berkata:

"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur-adukkan azan dengan peringatan, tasbih & nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan & nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara tinggi lalu menghalang orang tidur & mengganggu bacaan orang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama di zaman tiada pembesar suara. Bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : titipan dari seorang sahabat (^_^)

Tutorial Cara-cara Memakai Kain Sarung


.

Assalamualaikum


Gile hape nak tunjuk cara pakai kain sarung?!!seksi you!



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : ni la jadahnya kalo dah terlalu banyak entry tutorial shawl

Posisi Berbeza


.

Assalamualaikum


Cik Fay cakap nanti dah taun 3,muka jadi cenggini..auwww!tak sabar ok!


(Malas nak wat intro panjang lebar)


1# Beg bagasi (luggage)



Saya benci gile bagasi dan saya memang takde stok bagasi langsung dalam kamus hidup saya..alasan saya,takleh nak padat-padatkan baju..kalo beg bese,ko taram la camne pon asalkan boleh zip..lagipon macam menyampah je tengok beg yang besar gedabak..berbulu je tengok beg tu sampai kadang-kadang saya menjeling tajam je memerhatikan kelibat beliau

TAPI

Bila beg biasa kesayangan saya itu berat dan melampau tenaga batin yang saya miliki,saya akan memandang bagasi milik orang lain dengan penuh kesayuan..oh betapa mereka sume dapat menarik bagasi beroda itu dengan penuh kebanggaan di saat saya terhegeh-hegeh mengangkat beg saya yang berat itu..rasa macam "oh terhinanya diriku ini"..pedih menikam jiwa..


2# Bas cater


Mana 1 ejaan yang betul ye?

Orang berduyun-duyun balek dengan bas catar tapi saya?saya lebih sanggup membuang masa dan tenaga membeli tiket di stesen bas..ye,saya tak suke naek bas catar..alasan saya mudah,ianya amat membosankan bila terpaksa naik bas yang dipenuhi oleh makhluk-makhluk satu universiti yang mukanya adalah sangat familiar..indahnya naik bas ekspress biase ialah apabila anda dan pasangan seat anda hanya berpandangan seketika,senyum dan zzzzzzzzzzzzz..dan suasana bas akan tenang-tenang sahaja..

TAPI

Bila saya diberhentikan di hadapan Putra yakni bas tidak masuk ke dalam stesen pada pukul 5 pagi (pakcik bas tu gile punye pecut),KTM yang didepan mata juga lengang dan masih gelap,dan begitu ramai manusia yang berpasangan ataupun berkumpulan dan terpaksa duduk di tepian kaki lima sambil bontot beralaskan bag..ya,saya rasa keseorangan..



3# Tudung spesis genetik Arini



Tudung ni pernah melekat di kepala saya (for a certain reason and only for a while) tapi tak pernah melekat di hati saya..memang banyak kelebihan pakai tudung ni tapi hati kecil saya tetap memberontak..oh tudung bawal,engkau tetap di hati!walo secantik mana pon tudung genetik arini ni,hati saya tetap mengatakan TIDAK!

TAPI

Betapa susahnya mahu mencari tudung bawal di alaf ini..saya dengan riang gembira telah berangkat ke pasar tani bertujuan mencari tudung bawal barang sekeping dua untuk stok raya tapi sehingga ketiak dah bau belacan,rupanya langsung tidak kelihatan..yang ada tudung arini,huh!akhirnya dengan bantuan GPS,saya jumpa gak booth yang jual tudung bawal dan percayalah,tiada kelibat manusia di booth beliau!



Manusia paling selebek!
(motif letak gambar : dengki ngan Mr. Freaky)



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : "Posisi" terbukti bukan perkataan lucah (^_^)

L.E.L.A.K.I I.T.U G.A.M.P.A.N.G


.

Assalamualaikum


Lama gila saya tak dapat nak online sampaikan saya seakan sudah hilang taring dalam berblog..nak stat balek tapi kadang-kadang rase cam terbeku je pale otak neh..aduh,parah kan?entry terbaru saya pon dah semakin pendek,tak terpanjang dengan sengaja seperti dahulu kala (bunyik cam dah berkurun je)

Eh lupe plak nak bitau korang,saya dah berjaya reply sume komen untuk setiap entry sebelum ni..wakaka bajet cam retis kan?semua komen nak kena reply even komen tu bertarikh 10 July..maklumlah,peminat harus di layan (ok,boleh muntah)

Lebih 100 komen yang saya berusaha mereply dengan jayanya tadi..nampak kan betapa saya berusaha gigih demi pembaca dan pengomen blog ni..sila berbangga dengan diri sendiri ye..korang memang katak-katak yang hebat (^_^)

Asalnya nak buat entry cite pasal kejadian memalukan siang tadi..niat baik punye nak pergi kelas tapi termelencong ke Giant..balasannya ialah kehabisan duit..tapi saya adalah mangsa dalam kejadian tadi tau..tak faham kan?sebab tu malas nak cite..tapi cite gak sikit ni tok peningkan korang hahaha

Kacau tol hari ni..dah la kelas yang yang pagi tadi menguji kesabaran..tau la ustaz arab tapi takyah la cakap arab dalam kelas dengan sepenuhnya..cuba la belajar cakap melayu sikit..nak keje kat Mesia,so ajarlah lidah tu cakap macam orang Mesia..daripada sejuta perkataan dia cakap,20 patah je saya paham..teruk kan?

Ish lambat tol rasanya nak menghabiskan semester ni..haha sem baru je mula..almaklumlah,ni semester terakhir blaja in arabic..bukan tak suke arabic tapi tak dapat nak catch up..waa guna word penjajah gituuu..

..........

Itu baru masalah kelas,belum lagi masuk tang duit PTPTN..ayok,bila la nak masuk ye?banyak benda nak di beli neh..almaklumlah,baru je menginap kat umah sewa..tak guna gak kalo dok umah sewa tapi tak dapat masak..

Tapi camne nak masak kalo tong gas kosong,bahan mentah takde..sume nak kena tunggu duit tu kan?no money no talk la der..kalo la saya kapel ngan mamak kedai tu pon ok gak kan?at least dapat gak hutang kat kedai runcit beliau

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam..ye tak?

..........

Gile tol idea nak kapel tu kan?sila abaikan..

Apapun, arini terasa happy sedikit..tadi saya bukak nuffnang saya yang memang tak sehebat blogger lain tu..bila tengok rujukan pautan,ada tersenarai beberapa blog yang saya sendiri dah lupe bila kali terakhir saya berkunjung ke sana..tapi yang membuatkan saya terharu ialah,blog saya tersenarai dalam bloglist mereka..oh air mata mula berguguran..

Melampau la kan kalo cakap airmata berguguran tu..sebenarnya tak pon,cuma rasa sedikit tersuke la ngan perbuatan mereka itu..so adorable!

Pastinya saya berharap blog saya sentiasa jadi tatapan korang-korang walopon dah ada caption kat atas tu "Belog ini Bukan Belog Ilmiah"..erk kekadang terasa macam berilmiah gak..tapi kekadang je la

Anggaplah entry ini sebagai satu comeback dari sorang blogger yang sentiasa wat entry yang merepek dan ntah pape dan tak bermanfaat dan tidak seronok dan (sambung sendiri ye)

Nak jadi katak saya?sila la jadi follower saya (tetiba je iklan kat sini)

Goreng punya goreng,siap gak entry ni ye?



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : Tajuk entry adalah di luar kesedaran saya..(sila jangan marah)

Blogger Bajet Retis..huh!


.

Assalamualaikum


Psssstt..Hey people! (baca dengan slow tau)

Sedang in silent mood..kenapa?haaa perasan tak dulu saya tak aktif kire-kire 2 bulan..kalo update status pon,update semata-mata je tanpa mempedulikan sebarang komen yang ditinggalkan..see,betapa saya sangat tidak berkesempatan nak review entry-entry yang lepas..apetah lagi nak blogwalking blog orang lain kan?

Jadinya,bila dah ade kesempatan membaca balik semua entry yang dah berlalu pergi tu,saya berasa sangat kasihan pulak kat korang-korang yang sanggup bersusah-payah walopon tak susah langsung meninggalkan komen di entry-entry saya itu..justeru itu,saya dengan ini berjanji akan membalas semua komen-komen yang korang-korang tinggalkan..saya akan berusaha!!!

See,saya adalah blogger yang bajet retis kan?


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : kenapa entry saya pendek ye?

Terangsang kerana rabun?


.

Assalamualaikum


Hey,people!

Wah greeting bak penjajah gitu..kelas mak nok!(tak paham kenapa harus wat intro cenggini)

Cube peratikan picca katak cute pake spek kat atas tu..perati betol-betol dari segi kaler spek,bentuk spek,kenapa spek tu ada kat situ bukan kat sini,patutkah spek tu ade kat situ..mungkin boleh gak difikirkan apa bahan-bahan buat spek,perlukah pembuatan spek dan logikkah katak yang comel menggila khinzir tu pake spek..sila perhatikan betul-betul..

Tentu korang dah baca sekali imbas je kan perenggan kat atas tu..kan?kan?apepon saya cuma nak bitau yang saya sekarang akan kembali aktif berblog (macam ada yang kisah je) tapi disebabkan beberapa sebab musabab,masih tak mampu menghasilkan entry gersang yang mampu merangsang korang untuk baca blog saya..dan spek tu adalah tanda bahawasanya saya tetiba bertukar menjadi silent reader kepada blog kekatak yang lain tanpa berkomen apepon tapi hanya membaca sampai rabun (silent reader yang obses kan?)..dan..ye ada dan lagi..dan pelis jangan jadi katak saya yang curang..

Saya nak tag semua follower saya *tetibe*


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : sumpah, ini entry terteruk!dare to leave your comment?

Just Married


.

Assalamualaikum


Just married?saya kakwin kah?saya lama mendiamkan diri sebab saya kahwin?sape yang jadi Putera Katak itu?oh, malangnya nasib beliau..ok,ini dialog kalo saya betul-betul kahwin..tapi saya belom kawin pon lagi..so kepada lelaki-lelaki di luar sana, jangan kecewa..saya masih available..

Bila bercakap tentang kahwin, apa yang sebenarnya yang diperlukan selain duit?dulu saya sangat setuju kalo ada yang berkata, untuk kahwin kita perlukan cinta..ianya sinonim kan?tapi bila umo makin meningkat, saya sedar bahawa cinta sudah menjadi perkara kedua sebelum memulakan suatu perkahwinan..

BERANI..ye,keberanian adalah perkara utama yang diperlukan selepas duit..bukan lagi cinta..kenapa saya katakan begitu?sebab tanpa keberanian, mimpi takkan jadi kenyataan..ceewah hehehe ayat dalam filem ni..kalo anda bukan seorang yang berani, walo bercinta bertaun pon anda takkan dapat kawen..

Kita perlu berani untuk berjumpa kelurga pasangan, kita perlu berani untuk bagitau kelurga tentang pilihan hati kita, kita perlu berani untuk membuat keputusan berkahwin, kita perlu berani untuk mengeluarkan perbelanjaan perkahwinan, kita perlu berani untuk hidup sebagai orang yang berkahwin, kita perlu berani untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar..kita perlu berani untuk segalanya..dan cinta juga perlukan keberanian..am I right?

Cik Suha juga punya keberanian, tapi belom ada yang berani meminang..oh, sangat menyedihkan (ayat minta simpati)


Notes Berani : Entry ini di taip di saat penulis sedang memikirkan sudah ramai kawan seusia yang sudah berkahwin dan penulis adalah antara mereka yang belum berkahwin atau istilah yang lebih baik, BUJANG..



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : berani tapi takde calon pon payah gak kan?