Archive for August 2011

Katak Terhebat


.

Assalamualaikum


Cute kan?

Korang ingat lagi tak gambar kat atas tu ada kaitan dengan ape?kalo yang dah lama menyinggah ke sini, mungkin dah tahu..tapi kalo nak tahu lebih lanjut, sila tekan [Suha Cun] sambil memintal bulu kaki (^_^)

Kalo anda anda beratus follower sekalipun, ianya bukan satu jaminan yang contest yang di anjurkan mampu mendapat ratusan penjoin..apapon, saya sangat teruja sebab tetap ada yang sudi menghantar borang penyertaan walopon bukan ada borang yang perlu dihantar..apapon, mereka adalah Katak Terhebat..mahu lihat hasil karya mereka?ok jom!







SILA TERJAH BLOG DORANG DAN BACA SAMPAI HABIS..INI ARAHAN!!!
(menggunakan kuasa veto sebagai Princess Katak)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : mereka sume pemenang, tiada pengalah (^_^)

Miss Desperado


.

Assalamualaikum


Rayuan Si Katak


Amaran keras : Entry ini berbaur paksaan dan menjengkelkan!


Suatu ketika dahulu, ketika zaman kegemilangan saya sebagai seorang manusia yang menyambut Hari Raya, ianya merupakan hari yang sangat menyeronokkan..keseronokannya akan bermula sebelum Hari Raya di mana posmen tanpa segan silu akan berkunjung ke rumah saya setiap hari..kenapa?untuk menghantarkan kad raya..ianya merupakan satu moment yang sangat indah dan mengujakan..

Namun, tahun berganti tahun, keadaan semakin berubah..tiada lagi posmen yang datang menjengah dan sambutan Hari Raya berlalu dengan keseronokan yang semakin berkurang..ianya tetap hari yang indah tapi keterujaannya mulai hilang..indahkah Hari Raya tanpa sekeping kad raya?benar sms boleh di hantar namun percayalah, hati tidak akan berbunga riang sepertimana sewaktu membaca kad raya..

Atas sebab itu, saya dengan rasa keharuannya ingin memaklumkan bahawa saya terlalu menginginkan kad raya untuk tahun ini..rakan blogger bagi kad raya?wah, ianya sangat heaven kan?oleh yang demikian, janganlah korang-korang yang saya sayang-sayang bersegan bagai untuk menghantar kad raya kepada saya barang sekeping dua..Miss Desperado ini juga menyertakan alamat bagi memudahkan urusan tersebut..ini alamat betul tau..semoga mendapat perhatian korang-korang semua (^_^)


Nurul Suhada Juraimi
Rumah Guru Sk. Kg. Bharu Tok Dor,
Kg. Bharu Tok Dor,
22020 Jerteh,
Terengganu



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : saya sudah gila..am i rite?


Bercakap Tentang KEMALUAN


.

Assalamualaikum


Shy-shy Nyet (not Cat)

Mahu berpeluk cium dengan Princess Katak?ayok!!rindu yang amat ni dengan kamu-kamu sekalian (sedang berfikir panjang sebelum meneruskan ayat selepas ini)..lama tak menulis,terasa otak dan tangan ni kejang plak hehe..apapon untuk entry ni, saya mahu melupakan sejenak tentang contest yang dah pon berakhir..walopon tak ramai yang menghantar borang penyertaan tapi saya happy sangat sebab at least ada gak yang sudi membazirkan masa menjoinkan diri..untuk itu, terima kasih (^_^)

Erk mukadimah langsung tidak memperlihatkan perasaan malu lantaran terus berbicara tanpa mempedulikan tajuk yang tak semenggah itu..buat mereka yang baru menjenguk blog yang dan mula menunjukkan sawang ini, jangan terus close ye..blog ini bukan blog ilmiah dan dijamin juga bukan blog lucah lalala saya suci murni ok

Apakah sebenarnya yang membuatkan saya termalu seketika ini?hikhik ekceli aritu I ada tulis love letter kat sorang blogger lelaki ni..memang penuh kesyahduan dan penuh kasih-sayang lantaran kecintaan yang melebihi tahap infiniti..memang terserlah la betapa cintanya I kepada dia..tapi I sangat tak sangka yang dia akan kongsikan love letter I tu kat public, dia buat satu entry lagi tu tau..sumpah, I terharu..tapi baru je terasa nak terharu, tetiba baru perasan pasal perenggan yang last..adeih, tak leh ke dia edit sket before publish?terus je tak romantik lagi surat tu tau..apapon kalo Uol nak baca, sila la klik [Surat Cinta Untukmu]

Satu yang saya tak paham tentang perenggan atas ni, nape tetiba kata ganti diri tetiba jadi I?Apapon saya akan berusaha untuk berblogwalking seperti biasa walopon saya pasti akan mendapat tentangan hebat dari anak asuhan saya..saya babysitter ok (sambil kembang hidong)..luv ya!


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s no 1 : Kapten, pesal tak edit tang minta komen blog neh?adeih bikin malu

p/s no 2 : Masih lagi memegang title Ibu Tunggul (^_^)